YTL hadir dengan inisiatif telefon pintar percuma kepada pelajar b40

Satu tindakan yang wajar dipuji yang dilaksanakan oleh syarikat Yes YTL.
Telefon pintar diberikan secara percuma kepada pelajar B40 yang layak.
Selain pemberian telefon percuma, data sebanyak 120GB setahun juga diberikan. Bersamaan dengan 10GB sebulan.
Para pelajar/ ibu bapa yang layak dialu-alukan untuk membuat permohonan ini.
Inisiatif ini juga bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk belajar dari rumah.
Semakan permohonan telefon pintar percuma ini kini boleh dibuat bagi mereka yang pernah membuat permohonan sebelum ini.
Semoga dengan bantuan ini dapat membantu para pelajar untuk mengulangkaji dan menghadiri kelas online di rumah.