Tiada Solat Tarawih di Masjidil Haram Sepanjang Ramadhan

Kerajaan Arab Saudi telah memutuskan agar solat tarawih tidak akan dilaksanakan di masjidil haram pada tahun ini. Hal tersebut berikutan penularan wabak covid-19 di seluruh dunia.
Kerajaan menyarankan agar penduduk diminta untuk solat tarawih di rumah sepanjang tempoh ramadan ini.
Selain daripada itu, solat jenazah yang dilakukan , perlulah dihadkan kepada 5-6 orang sahaja. Ini selaras dengan Kementerian Kesihatan di negara tersebut untuk melakukan penjarakan sosial.
Tambahnya lagi, semua umat islam diminta agar berdoa agar diterima ibadat sepanajang ramadan ini seterusnya memohon kepada Allah agar wabak covid-19 ini cepat terhapus dari dunia.
“Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada epidemik ini yang turut menjejaskan seluruh dunia,” katanya yang dipetik daripada akhbar Al Riyadh.