PNB memperkenal Pengeluaran ASB Secara online

PNB memperkenal Pengeluaran ASB Secara online

Amanah Saham Naional Berhad (ASNB) telah memperkenalkan satu kemudahan pengeluaran wang pelaburan secara online. Ianya meliputi tabung unit amanah yang terpilih di bawah ASNB.

Kemudahan pengeluaran ini boleh dilakukan melalui portal MyASNB

Menurut PNB, ianya bertujuan untuk memberi kemudahan dan fleksibiliti kepada semua pelabur untuk melaksanakan urusniaga pengeluaran.

Tambahan, inisiatif tersebut dilihat dapat memastikan semua pelabur akan fokus kepada objektif asal pelaburan di bawah PNB.

Antara objektif utama PNB adalah mengimbangi keperluan kewangan dalam jangka masa pendek dan panjang.

Semua jenis pelaburan boleh dikeluarkan melalui perkhidmatan tersebut kecuali bagi unit amanah ASN Sara 2 dan ASN Equity 5.

Jumlah yang ingin dikeluarkan , akan terus dimasukkan ke dalam akaun penerima.

Manakala, waktu transaksi boleh dilakukan pula hanya pada 7:00 pagi hingga 6:00 petang. Isnin – ahad kecuali cuti umum.

Untuk maklumat lanjut, para pelabur unit boleh rujuk kepada soalan-soalan lazim di www.asnb.com.my atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.