Polis Akan Lebih Tegas Dalam PKP Fasa 3

Polis akan lebih tegas di dalam melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) dalam fasa 3 ini.
Menurut mereka, sesiapa yang didapati ingkar dengan arahan PKP, akan terus dikenakan tindakan undang-undang.
Terutamanya bagi mereka yang memandu melebih seorang di dalam sebuah kenderaan dan tidak mempunyai alasan kukuh.
Setakat ini pematuhan rakyat terhadap PKP adalah sebanyak 95%. Selebihnya 5% masih lagi mengambil sikap sambil lewa tidak mempedulikan perkara ini.
Namun, pihak polis dari hari ke hari akan terus komited melaksanakan perintah ini.
Dinasihati kepada semua rakyat malaysia, agar memeathui PKP. Ini bagi membolehkan kita dapat memutuskan rangkaian covid-19 di negara kita.
Setakat hari ini pada 14 april 2020, kes telahpun mencecah sebanyak 4000 kes. Diharap kes harian akan berkurangan dari hari ke hari. Manakala kes sembuh juga diharap akan meningkat dari. hari ke hari.