Perniagaan Minyak Dalam Rekod Paling Terburuk

Menurut Pentadbir Tenaga Antarabangsa, tahun 2020 merupakan tahun terburuk bagi pasaran minyak dunia.
Disebabkan COVID-19, permintaan terhadap minyak terjejas dengan sangat teruk.Dan situasi ini dijangka akan menjadi lebih teruk di masa akan datang. Di mana penurunan sebanyak 29MBD pada bulan april dan 26 MBD bagi bulan mei.
Perkara yang sama pernah terjadi kepada dunia pada tahun 1995. Bulan april ini disebut sebagai ‘Black April’ bagi perusahaan minyak dunia.
Di Malaysia pula, harga minyak April 2020 berada pada paras yang paling rendah yang pernah dicatatkan.
“Apabila kejatuhan permintaan minyak mula berkurangan dan apabila impak pengurangan pengeluaran menerusi perjanjian OPEC+ dan pengeluar bukan ahli OPEC juga turut berbuat demikian, kita akan mula melihat pemulihan pada separuh kedua tahun ini,” Ketua Bahagian Minyak IEA, Neil Atkinson pada sidang media sama.
“Tetapi jelas perjalanan masih panjang sebelum kita sampai ke tahap itu.”