Permohonan i-Sinar Berjalan Lancar – Menteri Kewangan

Menteri Kewangan di dalam kenyataannya menyatakan bahawa permohonan i-Sinar yang dibuka pada 23 Disember lepas berjalan dengan lancar.
Permohonan yang dilakukan sama ada secara online/ digital ataupun fizikal, kedua-duanya berjalan dengan lancar.
Tengku Zafrul memberitahu bahawa, harapa semua pemohon bersabar kerana keputusan akan diketahui pada 4 Januari 2021 ini.
Manakala, bayaran pertama akan dikreditkan bermula pada 11 Januari 2021.
Begitu juga dengan permohonan kategori 2, ianya akan dibuka pada 11 Januari 2021.
Permohonan kategori 2 adalah bagi mereka yang masih mempunyai kerja, akan tetapi gaji telah dikurangkan sehingga 30%.