Permohonan GKP 2.0 Geran Khas Prihatin 2020 (Bantuan RM3000)

Perhatian kepada pemilik perniagaan kecil dan sederhana (PKS). Anda dialu-alukan membuat permohonan GKP 2.0.
GKP 2.0 merupakan inisiatif kerajaan membantu PKS yang terjejas akibat keadaan yang sedang melanda negara.
GKP 2.0 akan memberikan bantuan sebanyak RM3000 secara one-off kepada mereka yang layak.
Bagaimanapun, mereka yang telah menerima GKP pada fasa pertama, tidak dapat memohon lagi ataupun menerima bantuan ini.
Di sini kami kongsikan cara untuk anda membuat permohonan GKP 2.0 secara online.
Permohonan GKP 2.0 Online
Caranya adalah dengan layari laman web : https://gkp.hasil.gov.my/
Masukkan nombor kad pengenalan anda pada ruangan yang tertera seperti gambar di bawah.

Selepas itu, ikuti langkah yang seterusnya dengan mengisi borang permohonan.
Antara syarat GKP 2.0 pada kali ini adalah;
- Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
- RM300,000; dan
- ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak
- termasuk pemilik; dan
- d. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
- i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum
- atau pada 31 Ogos 2020 ; atau
- ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat
- Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan
- e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
Jika anda menepati syarat-syarat yang dikemukakan, anda boleh membuat permohonan secara online.
baca: Semakan BPN 2.0
Tarikh tutup adalah pada 31 Oktober 2020.
Bilakah tempoh permohonan GKP 2.0
1-31 Oktober 2020.
Berapa jumlah bantuan GKP 2.0?
RM3000