Orang Kurang Upaya di Malaysia

Orang Kurang Upaya di Malaysia

OKU adalah singkatan bagi Orang Kurang Upaya dan bukannya untuk Orang Kelainan Upaya. Ramai orang tersilap dalam hal ini dengan menyebut kurang sebagai kelainan. Dengan alasan untuk tidak meyinggung perasaan golongan OKU.

Namun, tidak wujud sebenarnya istilah menyinggung perasaan OKU ini. Perkataan ‘kurang’ tersebut juga telah termakbtub ke dalam akta OKU yang diluluskan kerajaan.

Berbicara mengenai OKU ini, hidup sebagai seorang OKU di Malaysia ini boleh dikira tidaklah terpinggir dan tidak juga terlalu baik sehingga tidak banyak boleh diperbaiki.

Sebagai contoh, untuk cara pendaftaran OKU. Masih ramai golongan yang tidak mendaftar sebagai OKU disebabkan akses terhad kepada maklumat yang sepatutnya. Ada golongan yang sepatutunya berdaftar dengan OKU namun tidak mendaftar disebabkan tidak tahu dan tidak ada maklumat mengenainya.

Jadi, sebagai cadangan mungkin pihak JKM boleh turun ke lapangan untuk mencari sendiri golongan tercicir berdaftar sebagai OKU ini. Lebih-lebih lagi kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Ramai golongan yang masih tidak berdaftar dan tidak tahu bahawa mereka layak untuk menerima kelebihan yang disediakan kerajaan Malaysia.

Dengan langkah ini, maka ianya dapat mengecilkan lagi jurang dan golongan yang terciri akibat tidak mendaftar sebagai OKU ini.

Perkara lain yang perlu diambil kira adalah. Memudahkan pendaftaran sebagai OKU. Antara inisiatif yang boleh diambil adalah, pendaftaran terus dari hospital. Perkara ini boleh dibuat dengan pembukaan kaunter JKM di hospital. Doktor juga perlu mengambil peranan dengan menyarankan pesakit yang layak berdaftar sebagai OKU terus mendaftar di kaunter yang disediakan.

Umum mengetahui, tidak semua golongan OKU mempunyai penangkutan untuk hadir ke pejabat OKU mendaftar sebagai OKU. Dan tidak semua juga celik IT untuk mendaftar secara online.

Begitulah, sedikit saranan mengenai pendaftaran OKU di Malaysia ini.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.