Kategori 2 i-Sinar dibuka 11 Januari 2021 ini

Kategori 2  i-Sinar dibuka 11 Januari 2021 ini

Kepada yang tidak layak memohon i-Sinar bagi kategori 1, kini anda masih ada peluang untuk membuat permohonan pada kategori 2.

Kategori 2 merupakan permohonan bagi mereka yang masih berkerja, namun mengalami pengurangan gaji dan upah melebihi 30%.

Ini bermakna, para pemohon perlu mengemukakan bukti kepada pihak KWSP sebelum membuat permohonan i-Sinar kategori 2 ini.

Berbeza dengan kategori 1, di mana pemohon tidak perlu memberikan sebarang bukti atau dokumen kepada KWSP.

Oleh yang demikian, para pemohon kategori 2 bolehlah bersedia dengan menyediakan dokumen-dokumen yang mungkin penting dan berguna untuk dijadikan bukti dan sokongan permohonan i-Sinar .

Untuk permohonan i sinar, boleh klik di sini.

Semakan i sinar lihat di sini.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.