Juadah berbuka puasa KL disediakan oleh JAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) muncul dengan inisiatif mewujudkan dapur it’am.
Ianya akan dilaksanakan sepanjang bulan ramadan dan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dr Zulkifli berkata, perkara ini bertujuan untuk membantu asnaf dan golongan B40 di Kuala Lumpur.
MAIWP telah membajetkan sebanyak RM2.16 juta sebagai bantuan bagi masjid-masjid dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sebagai tambahan, jadual waktu berbuka KL 2020 boleh didapati pada laman web JAKIM.
“Semoga Ramadan kali ini memberi makna kepada kita dalam memahami erti pengorbanan, persaudaraan dan kesaksamaan dalam mencapai ketakwaan kepada-Nya,” katanya pada kenyataan hari ini.