Cara Semak Keputusan ( SAPS Ibu Bapa )

Cara Semak Keputusan ( SAPS Ibu Bapa )

Kepada ibu bapa, jika anda ingin membuat semakan keputusan peperiksaan anak anda, boleh terus klik pada butang yang tertera di bawah ini:SEMAKAN KEPUTUSAN SINI

antaramuka saps semakan ibu bapa

Langkah untuk membuat semakan adalah;

  1. Masukkan nombor sijil lahir ataupun kad pengenalan pelajar. Pastikan memasukkan tanpa tanda (space) ataupun sengkang.
  2. Kemudian, masukkan maklumat pelajar dan sekolah terkini ataupun sekolah sebelum ini jika ada.
  3. Pastikan negeri, daerah dan nama sekolah adalah betul anda masukkan.
  4. Klik semak.
  5. Kemudian, keputusan peperiksaan anda akan dipaparkan,

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah – SAPS

Bagi para guru pula, jika anda ingin mengakses SAPSNKRA untuk memasukkan marakah peperiksaan anak murid anda, bolehlah klik butang tertera di bawah ini:SAPS LOGIN

Masukkan ID pengguna dan juga kata laluan anda di dalam ruangan yang diminta.

Selepas itu, klik login. Maka anda bolehlah mula untuk key in data markah peperiksaan pelajar mengikut subjek yang anda ajar.

Soalan dan Pertanyaan Mengenai SAPS Ibu Bapa

Soalan: Saya baru dilantik sebagai Setiausaha Peperiksaan yang baru. Akan tetapi, saya tidak mempunyai ID dan kata laluan.

Jawapan: Anda boleh dapatkan ID dan kata laluan dengan terus mendaftar di sini. Masukkan kod sekolah anda, dan ikuti arahan seterusnya yang tertera. Dapatkan kod sekolah pada pihak pengurusan sekolah anda.

Soalan: Saya mendapat notis “Kod akses atau kata laluan salah“.

Jawapan: Pastikan anda memasukkan kata laluan yang betul. Huruf kecil dan besar haruslah sama dengan kata laluan yang anda masukkan. Jika perkara ini berterusan, hubungi meja SAPS Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Soalan: Saya terlupa kata laluan, dan saya merupakan seorang Setiausaha Peperiksaan

Jawapan: Sila dapatkan kembali maklumat login anda dengan kunjungi meja SAPS di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ataupun Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Soalan: Saya terlupa dan ID kata laluan, dan saya merupakan guru kelas/mata pelajaran.

Jawapan: Anda perlu padam semula murid tersebut pada sistem SAPS. Kemudian kembali import butiran murid berkenaan secara individu.

Soalan: Terdapat nama yang berulang pada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

Jawapan: Jika anda menjumpai nama yang berulang dalam senarai, anda perlulah memadam nama yang berulang tersebut supaya cuma ada satu nama sahaja bagi murid berkenaan.

Soalan: Terdapat murid antarabangsa yang tidak dapat diimpot maklumatnya daripada Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

Jawapan: Hal ini biasanya apabila nombor passport / visa murid berkenaan terlalu panjang. Jika hal ini terjadi, sila berjumpa Pegawai Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk membuat penyelarasan mengenai maklumat murid berkenaan.

Soalan: Saya adalah Setiausaha Peperiksaan, saya tidak dapat mendaftarkan guru yang baru berpindah ke sekolah saya.

Jawapan: Kemungkinan juga guru berkenaan telahpun dipindahkan maklumatnya oleh Setiausaha Peperiksaan di sekolah lama. Disebabkan itu anda tidak dapat mendaftarkan maklumat yang telah wujud. Sila buat carian pengguna.

Soalan: Saya merupalan seorang guru kelas dan saya mendapati terdapat butiran salah dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Contohnya ejaan nama salah dan juga no kad pengenalan.

Jawapan: Jika anda menjumpa maklumat murid yang salah, segera laporkan kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP) dengan kadar yang segera. Anda sebagai guru tidak akan dapat membetulkan kesalahan ini.

Soalan: Markah peperiksaan murid telahpun saya isi dengan lengkap. Akan tetapi apabila dibuka semula, semua markah yang saya isi tadi hilang (tidak diisi pun).

Jawapan: Perkara ini terjadi jika bilangan murid di dalam kelas tidak sama dengan bilangan markah peperiksaan yang dimasukkan. Ini disebabkan apabila terdapat murid yang berpindah masuk ataupun keluar. Sila kemaskini bilangan murid yang sebenar.

Soalan: Secara tiba-tiba saya mendapati bilangan murid telah menjadi 0. Apa perlu saya lakukan?

Jawapan: Hal ini mungkin terjadi ketika anda masuk ketika waktu puncak. Waktu puncak ini selalunya terjadi ketika musim ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak-anak. Cuba sekali lagi dan login pada bukan waktu puncak. Contohnya tengah malam dan juga awal pagi. Apabila terlalu ramai masuk ke dalam laman web SAPS, pelayan web (server) akan berkerja dengan lebih kuat menyebabkan tampungan beban bandwidth yang meningkat. Seterusnya menyebabkan beberapa paparan akan menjadi tidak sepatutnya. Cuba masuk bermula pada pukul 3 pagi sehingga 6 pagi. Confirm boleh masuk dengan jayanya.

Soalan: Saya perlukan data mentah (raw data) yang ingin saya gunakan untuk keperluan tertentu. Bagaimanakah cara untuk saya memperolehi raw data ini?Mohon pihak SAPS beri tunjuk ajar.

Jawapan: Jika anda adalah guru kelas, anda tidak boleh mendapatkan maklumat data mentah ini. Namun, anda boleh meminta pertolongan daripada Setiausaha Peperiksaan untuk melakukan perkara ini. SUP boleh pergi ke menu Admin> Download > Download Data > Download Data Peperiksaan. Pastikan anda menggunakan data ini bukan untuk kepentingan peribadi anda, contohnya menjual data dan sebagainya.

Soalan: Saya merupakan pegawai meja Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah bahagian Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah, saya dapati maklumat analisis bagi setiap sekolah adalah 0. Contohnya GPS= 0% , bilangan lulus= 0%

Jawapan: hal ini kemungkinan berlaku apabila Setiausaha Peperiksaan di sekolah tersebut tidak proses markah para pelajar/ murid. Sila hubungi SUP sekolah berkenaan untuk mereka membuat kemaskini.

Soalan: Saya adalah guru mata pelajaran. Adalah normal ketika membuat ulangkaji semakan semula kertas peperiksaan, akan ada perubahan markah pada murid. Maka, saya telah memasukkan markah baru ke dalam sistem SAPS. Akan tetapi, tiada perubahan berlaku pada sistem. Sistem tetap memaparkan markah yang lama.Apa perlu saya lakukan?

Jawapan: Perlu diingatkan, setiap kali ada perubahan markah, seorang setiausaha peperiksaan akan melakukan kemaskini. Selagi tiada kemaskini yang dilakukan oleh SUP, selagi itu markah tidak akan berubah dalam sistem. Oleh itu, jika terdapat perubahan pada markah murid, sila maklumkan kepada SUP sekolah anda.

Kesimpulan

Semoga artikel ringkas mengenai SAPS Ibu Bapa ini dapat membantu anda di dalam membuat semakan keputusan peperiksaan dan mengetahui kedudukan dalam kelas. Bagi para guru pula semoga ianya dapat membantu anda login dan jika ada persoalan, boleh rujuk artikel di atas ini.

Saya terlupa kata laluan. Nak buat apa?

Mohon dapatkan ID anda pada Setia Usaha Peperiksaan (SUP). Bagi kata laluan yang terlupa, mohon pada Setiausaha Peperiksaan untuk reset.

Terdapat nama yang berulang dalam SAPS.

Anda perlu padam nama yang berulang tersebut dari sistem SAPS.

Saya adalah SUP. Tetapi tidak dapat mendaftarkan nama guru yang baru pindah.

Kemungkinan juga guru berkenaan telahpun dipindahkan maklumatnya oleh Setiausaha Peperiksaan di sekolah lama. Disebabkan itu anda tidak dapat mendaftarkan maklumat yang telah wujud. Sila buat carian pengguna.

Bagaimana cara login ke dalam SAPSNKRA?

Klik link yang tersedia di atas ini (dalam artikel)

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *