Bayar Zakat Fitrah Sebelum Raya Menjelma

Rakyat diingatkan untuk membayar zakat fitrah sebelum pagi raya. Ini bagi mengelakkan anda terlupa untuk membayarnya.

Ini kerana, kelainan pada tahun ini, pembayaran tidak lagi di lakukan dengan mengunjungi amil amil zakat yang telah dilantik.

Bayaran zakat dilakukan secara online. Ini bagi mengelakkan penularan wabak covid-19 di seluruh negara.

Kelainan juga pada tahun ini adalah, terdapat beberapa negeri yang mengumumkan 2 kadar berbeza.

Kadar zakat fitrah seluruh negeri ini berbeza untuk mereka yang terjejas akibat PKP dan yang tidak terjejas.

Anda boleh membuat carian cara pembayaran online zakat fitrah.

Bayaran boleh dilakukan secara perbankan online seperti maybank2u, cimbclicks, dan lain-lain.

Selain itu, bayaran boleh dilakukan dengan aplikasi myeg.

Leave a Comment