Aplikasi Gerak Malaysia Bukan Terus Lulus

Aplikasi Gerak Malaysia adalah aplikasi dari pihak PDRM. Aplikasi ini akan mengumpul data sesiapa yang ingin pulang semasa dalam tempoh PKP ini.
Menurut Dato Seri Ismail Sabri, permohonan pulang Gerak Malaysia boleh dibuat bermula pada 25 April 2020.
Selepas itu, pihak Majlis Keselamatan Negara akan merancang SOP cara bagaimana untuk pembenaran pegerakan keluar dari tempat masing-masing.
Jika dibenarkan, pegerakan keluar akan bermula pada 1 Mei 2020 hingga 3 Mei 2020.
“Keputusan muktamad hanya akan dikeluarkan selepas 1 Mei setelah mendapat kelulusan MKN atas nasihat KKM. Buat masa ini, kerajaan tidak memberi sebarang jaminan (mengenai) pergerakan memandangkan kita menunggu laporan (daripada pendaftaran) yang akan bermula 25 April ini.