Ada Peniaga Yang Mula Naikkan Harga Barang

Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendapat maklumat ada peniaga yang menaikkan harga barang yang tinggi daripada biasa semasa tempoh PKP ini.. Hal ini membuatkan mereka kesal dengan tindakan peniaga berkenaan.
Presiden persatuan itu berkata, terdaapt peniaga sebagai contoh menaikkan harga bawang india kepada harga rm6.50 sekilo. Ianya adalah 50 peratus lebih tinggi daripada harga biasa.
Selain kegusaran atas sikap peniaga yang menaikkan harga barang, persatuan itu juga turut bimbang berkenaan bekalan makanan yang kemungkinan tidak mencukupi buat rakyat malaysia.
Ini kerana hampir 30% rakyat Malaysia bergantung kepada eksport makanan dari luar.
Justeru itu, mereka menyarankan kerajaan agar memperkasakan pembangunan pertanian di Malaysia. Agar ia dapat menampung permintaan bahan makanan di Malaysia pada masa akan datang kelak.