53,000 Pelajar Akan Balik Pada Isnin Secara Berperingkat

Kerajaan kini membenarkan penghantaran pulang para pelajar Universiti Awam dan Swasta di dalam Negara walaupun dalam tempoh PKP.
Penghantaran pulang itu juga meliputi para pelajar yang tinggal di Sabah dan Sarawak.
Namun demikian, penghantaran ini akan dilakukan secara berperingkat dan bukannya secara sekaligus.
Dato Seri Ismail Sabri menambah lagi, penghantaran pulang itu pula hanya melibatkan di kawasan zon hijau sahaja.
Ianya pula dilakukan pada waktu pukul 9 malam hingga 9 pagi. Ini bagi mengelakkan sebarang kesesakan.
Sebelum menaiki kenderaan pulang, para pelajar akan menjalani saringan COVID-19 terlebih dahulu. Walaupun mereka telah duduk lebih subulan di dalam asrama.